Monday, June 20, 2011

P E R A S A A N I.N.I

Assalamualaikum.


Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata apabila dapat melihat keadaan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan aktif. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana diberikan anugerah ini. Sungguh indah ciptaan MU Ya Allah. Dengan kemudahan teknologi yang ada, kita dapat melihat apa yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar. Kebetulan hari itu, doktor nak scan baby ada bertugas. Asalnya tujuan utama pegi AN NUR, Bangi, nak cek batuk ngan selsema sahaja. So apa lagi, alang-alang doktor dah ada. Buat la scan sekali.

Sungguh indah perasaan ini bila dapat melihat baby bergerak-gerak, tendang bila ada yang menyentuh kaki nya. Pelbagai aksi yang ditonjolkan kepada kami. Menguap, minum air, letak tangan kat pipi, buat gaya nak tidur.SWEET nya anak ibu ini. Saya ajak sekali husband masuk ke tempat scan. Nak turut merasai kegembiraan ini. Dari suaranya, jelas dia sangat happy ( saya tak nampak muka husband coz dia kena berdiri kat belakang. monitor duduk kat atas bahagian kaki ibu. So dpt dengar suara jer la ).

Doktor cakap tak nampak sangat jantina dia..baby suka tau lari-lari.Doktor nak cek lama-lama pun x dapat. Sampai doktor cakap anak ibu ni aktif sangat. Perut ibu ni nipis, jelas nampak muka baby. Nampak muka macam muka ibu..panjang..muka abah bulat.huhuhu....nanti ada masa ibu pegi scan yang 3D pulak. baru nampak jelas.

Alhamdulillah, setakat ini perkembangan baby ok. Doktor cakap baby tiada apa-apa masalah. Keadaan plasenta (uri) pun ok. Itu la hendaknya baik di dalam perut mahupun kat luar nanti. Anak ibu ngan abah nih kena kuat tau..jangan sakit-sakit. risau ibu ngan abah nanti. IBU DAN ABAH SENTIASA DOAKAN ANAK IBU SIHAT SELALU. JADI ANAK YANG BAIK, PANDAI, SOLEH, SENTIASA DISENANGI ORANG DAN SEGALA KEBAIKAN ADA PADA MU YA NAK.

0 comments:

Blogger Template by Clairvo