Wednesday, June 15, 2011

Anemia Semasa Kehamilan

Pengenalan

Anemia ketika mengandung terjadi apabila seseorang wanita itu mempunyai paras hemoglobin yang rendah semasa mengandung.
Penerangan
Anemia berlaku apabila jumlah sel-sel darah merah di dalam darah berkurangan dari biasa. Sebagai seorang wanita mengandung, adalah penting bagi anda untuk mendapatkan ujian darah bagi menentukan paras hemoglobinnya semasa lawatan pertama pemeriksaan kandungan (lawatan antenatal). Walaupun anda tidak mengalami masalah anemia pada lawatan pertama, anda masih berpotensi untuk mengalami keadaan ini kemudiannya dalam tempoh kehamilan tersebut.
Terdapat banyak jenis anemia. Jika anda merasakan bahawa anda mengalami masalah ini, berjumpalah doktor.

Asas Saintifik

Sel darah merah adalah sel yang berperanan untuk mengagihkan oksigen ke seluruh badan. Komponen darah yang memainkan peranan utama dalam hal ini dikenali sebagai hemoglobin. Ia membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu badan.
Hemoglobin terdiri daripada protein dan juga ferum (zat besi). Ferum ini adalah penting untuk mengekalkan paras hemoglobin.

Penyebab

Kebanyakkan anemia yang berlaku semasa mengandung adalah berkaitan dengan kekurangan ferum dan juga asid folik. Dalam kebanyakan kes, perkara-perkara berikut boleh menyebabkan masalah anemia :
• Kurang pengambilan ferum dan asid folik di dalam diet harian
• Mengalami kehilangan darah yang berpunca dari pendarahan gastrousus, buasir, ataupun darah haid yang terlalu banyak.
• Proses pencernaan mungkin mengalami sedikit perubahan semasa hamil di mana ini akan menyebabkan berlakunya anemia
• walaupun jumlah pengambilan ferum dan juga asid folik mencukupi. Ini kerana sebahagian daripada ferum

Faktor - faktor risiko

Berikut adalah beberapa faktor yang dapat meningkatkan risiko untuk mendapat anemia :
• Wanita yang mengandung yang tidak dapat makan dengan baik kerana masalah loya atau muntah.
• Wanita yang mengandung kembar
• Sela masa kehamilan yang terlalu rapat.
• Pemakanan yang tidak baik - kekurangan pelbagai jenis vitamin. Wanita yang tidak mengambil ferum dengan cukup adalah lebih mudah mendapat anemia.
• Merokok dan meminum alkohol berlebihan
• Sebarang ketidakaturan atau masalah yang boleh mengurangkan penyerapan zat makanan
• Penggunaan ubat-ubat antikonvulsi.

Tanda - tanda dan gejala

Gejala yang paling biasa berlaku adalah :
• Merasa letih, lemah anggota dan sering pengsan.
• Kelihatan pucat
• Kesukaran bernafas/sesak nafas.

Gejala berikut juga boleh berlaku :
• Loya
• Mengalami debaran (palpitasi) - dengupan jantung yang cepat
• Sakit kepala dan pening
• Kerengsaan dan juga
• Mudah lupa

Komplikasi

Anemia kekurangan ferum yang ringan tidak mendatangkan masalah terutamanya kepada bayi. Masalah yang serius hanya akan berlaku apabila keadaan anemia tersebut menjadi lebih teruk.
• Kajian menunjukkan bahawa keadaan anemia yang teruk boleh mengaruh kelahiran pramatang, mengurangkan bekalan oksigen kepada bayi dan juga menyebabkan tumbesaran bayi terbantut.
• Ia boleh meningkatkan tekanan darah tinggi atau praeklampsia di kalangan ibu. Praeklampsia merupakan satu keadaan di mana tekanan darah meningkat semasa mengandung dan boleh mendatangkan komplikasi yang buruk kepada ibu dan juga janin sekiranya tidak dirawat.
• Lebih mudah untuk mendapat jangkitan semasa mengandung dan selepas bersalin.


Pencegahan

Pelbagai langkah boleh diambil untuk mengelakkan masalah kekurangan ferum:
• Kebanyakkan ibu mengandung biasanya diberikan ferum tambahan bagi mengelak dari berlakunya masalah kurang darah.
• Makan makanan yang kaya dengan ferum seperti hati, sayur bayam dan juga buah-buahan kering untuk menambahkan paras ferum dalam darah.
• Makan makanan yang mengandungi asid folik seperti wheat germ, kekacang, mentega kacang, cendawan dan juga hati.
• Banyak memakan makanan yang kaya dengan vitamin C seperti buah-buahan, ulam, sayur-sayuran dan juga jus oren. Ia akan meningkatkan kadar penyerapan ferum.
• Pastikan anda mengambil vitamin dan juga zat mineral tambahan terutamanya asid folik.
• Elakkan meminum kopi atau teh pada waktu makan dan ketika mengambil vitamin tambahan.

0 comments:

Blogger Template by Clairvo