Saturday, May 7, 2011

Indahnya Saat Itu

Salam,


Cuti sekolah bakal menjelang tidak lama lagi.Banyaknya dapat jemputan dari kawan-kawan. Baik dari kawan sekolah menengah, kawan universiti mahupun kawan sekerja. Alhamdulillah, semuanya sudah berjumpa dengan jodoh masing-masing. Sesungguhnya jodoh, ajal dan pertemuan itu telah Allah suratkan. Cuma kita tidak tahu bila akan bertemu dengan nya dan kita tidak tahu siapakah dia. Yang tidak berjumpa lagi, perbanyakkan doa agar Allah pertemukan dengan kita dengan jodoh yang baik. Yang dah bertemua,jagalah dia baik-baik.



Bila saya singkapkan sejarah pertemuan dengan suami tersayang, saya tidak pernah menyangka dari satu pertemuan yang tidak disangka akan berakhir dengan satu perkahwinan. Betul kan setiap perhubungan itu bermula dengan satu pertemuan. Dan harus diingat tidak mustahil satu perhubungan akan berakhir dengan perpisahan. Apabila ini berlaku, kita sebagai umat Islam harus berbalik kepada ajaran ISLAM. Redha dan sedia menerima ketentuan Ilahi dengan hati yang terbuka. PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR. Setiap ujian itu ada hikmahnya. Mana tahu kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik dari kita. Siapa tahu kan!..



Alhamdulillah, selama 4 tahun saya dan suami berjaya mengharungi pelbagai dugaan dalam percintaan, akhirnya kami disatukan dalam majlis penuh meriah. Sabtu, 20 November 2010, kami disahkan suami isteri.



Bermulalah kehidupan saya dan suami dalam membina sebuah keluarga. Dengan penuh kesyukuran dan restu dari keluarga kedua-dua family, Alhamdulillah majlis tersebut berjalan lancar.




Sebuah perkahwinan menyatukan bukan sahaja menyatukan dua hati malah keseluruhan keluarga. Setiap ahli keluarga akan memainkan peranan masing-masing bagi memastikan majlis berjalan lancar. Tidak ketinggalan dengan masyarakat setempat. Norma hidup masyarakat yang saling bergotong royong masih tetap utuh walaupun zaman sekarang semakin berubah. Syukur!!

Buat suami tersayang, terima kasih kerana memilih sayang dan menerima sayang seadanya. I LOVE YOU.



0 comments:

Blogger Template by Clairvo