Monday, January 6, 2014

2 0 1 4 - PENGHARAPAN DAN IMPIAN

Salam...

Lamanya dah update blog ni..berbulan-bulan lamanya.tup-tup dah tahun baru..dah 6 hari dah pon..hoho..cepatnya masa berlalu.Banyak benda yang telah dilalui sepanjang tahun lepas. Ada suka ada duka. Semuanya telah diaturkan oleh Allah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Antara kita sedar atau pun tidak.

Ermmm...

Bila masuk tahun baru mesti dikaitkan dengan azam. Apa azam ko? Azam tahun lepas dah tertunai belum? Bagi aku, tiada apa yang diharapkan untuk tahun ini melainkan kehidupan kami sekeluarga lebih baik dari tahun lepas. Baik dalam semua aspek. KERJA, AMAL IBADAT, dan sebagainya dan yang paling penting aku mahu jadi ISTERI,IBU dan ANAK yang lebih baik. 

Doaku jua semoga Allah permudahkan segala urusan. Dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk kami semua.


Macam cantik jer ibu & Jannah. Hahaha...#selfie


US- semoga tahun ini tambah ahli lagi..hehehe..

0 comments:

Blogger Template by Clairvo