Thursday, May 15, 2014

Rumah Pertama Kami..Semoga semua Urusan Dipermudahkan

Salam...

Harga rumah makin meningkat. Itulah hakikat yang harus diterima. Harga hartanah sekarang paling murah 700k-800k dan yang paling mahal boleh mencecah 2 Juta.Itu harga pasaran di KL dan Selangor. Dan mungkin 5 tahun akan datang akan meningkat sampai 5 juta. Apa taknya harga barang makin naik..Tanah makin sedikit. Permintaan makin tinggi. 

Berkisar tentang rumah ni, saya dan suami telah bersetuju untuk beli rumah pada October 2012. Kami beli dengan harga 270k tapi kena bayar balik dekat 500k. Itu termasuk yuran guaman dan insurans. Interest loan byk benor.itu yang kena bayar byok tu.. Husband dapat buat pinjaman penuh dengan Perbendaharaan Malaysia. 

Tempoh bayaran 360 bulan..Hahaha..abis pencen pun belum abis byar penuh lagi ooo..apa nak buat..pemikiran kena positif dan optimis selalu. Mana la tahu dengan berkat dari Allah .Kitorang dapat duit berjuta-juta..Insya Allah dapatnya langsai hutang2 ni semua sebelum tutup mata.

Minggu lepas dah pergi tengah rumah. Rupa-rupanya ramai dah kontraktor yang duk tunggu nak tawarkan perkhidmatan mereka..Semua duk serbu kitaorg. Ada yang offer buat grill la..palster syilling la..kabinet kitchen la.Tengok la dulu nak amik yang mana.Janji diorg buat yang the best n berbaloi dengan bayaran yang diberikan and paling penting Tak tipu..hohohoho...

Kitoran beli rumah kat Taman Seri Impian.Kluang.Tu kira macam taman orang melayu..majoriti melayu la duk taman tu..ini tak tahu la fasa ke berapa dah...ni pun ada lg rumah yang tgh buat..kira kat sini macam nak buat bandar baru..ye la semua dekat..hospital besar Kluang dekat..Rasanya mall pun nak bukak jugak kat sini..itu cakap2 oraang la..Saya pun tak pasti..

Design rumah kitaorg ni jenis yang moden sikit..pastu ada balkoni kat depan bilik master .Masak jugak nak buat awning tuh..yer la tak kan nak biar berhujan dan panas..cam ner nak letak kusi tuk santai2..kelass gitu..rumah ni teres 2 tingkat..yg tengah..tp saya lebih suka duk lot tepi..yer la ada tanah..nak jadi cucuk tanam.tp mahal sangat..tak lepas loan.tak pe la..syukur jer la..lebih baik ada dari tak de..yer idok????

Teres 2 tingkat
4 bedroom, 3 bathroom
Living Area,Dining Area,Family Area
Dry and Wet Kitchen
Ada balkoni kat belakang dapur tapi xde atap..nak kena letak awning jgak tuh..
Store Room kat bawah tangga..


Ni bahagian pintu depan...jenuh pakai duit tu...nak pasang langsir..har har har..


# pic untuk bahagian dalam sebelum renovate nanti la post...tak amik gambar lagi..kunci belum dapat..pemaju kata bulan May 2014..tp exactly date tuh x pasti..tunggu je la..

0 comments:

Blogger Template by Clairvo