Latest Articles

Thursday, May 15, 2014

Rumah Pertama Kami..Semoga semua Urusan Dipermudahkan

Salam...

Harga rumah makin meningkat. Itulah hakikat yang harus diterima. Harga hartanah sekarang paling murah 700k-800k dan yang paling mahal boleh mencecah 2 Juta.Itu harga pasaran di KL dan Selangor. Dan mungkin 5 tahun akan datang akan meningkat sampai 5 juta. Apa taknya harga barang makin naik..Tanah makin sedikit. Permintaan makin tinggi. 

Berkisar tentang rumah ni, saya dan suami telah bersetuju untuk beli rumah pada October 2012. Kami beli dengan harga 270k tapi kena bayar balik dekat 500k. Itu termasuk yuran guaman dan insurans. Interest loan byk benor.itu yang kena bayar byok tu.. Husband dapat buat pinjaman penuh dengan Perbendaharaan Malaysia. 

Tempoh bayaran 360 bulan..Hahaha..abis pencen pun belum abis byar penuh lagi ooo..apa nak buat..pemikiran kena positif dan optimis selalu. Mana la tahu dengan berkat dari Allah .Kitorang dapat duit berjuta-juta..Insya Allah dapatnya langsai hutang2 ni semua sebelum tutup mata.

Minggu lepas dah pergi tengah rumah. Rupa-rupanya ramai dah kontraktor yang duk tunggu nak tawarkan perkhidmatan mereka..Semua duk serbu kitaorg. Ada yang offer buat grill la..palster syilling la..kabinet kitchen la.Tengok la dulu nak amik yang mana.Janji diorg buat yang the best n berbaloi dengan bayaran yang diberikan and paling penting Tak tipu..hohohoho...

Kitoran beli rumah kat Taman Seri Impian.Kluang.Tu kira macam taman orang melayu..majoriti melayu la duk taman tu..ini tak tahu la fasa ke berapa dah...ni pun ada lg rumah yang tgh buat..kira kat sini macam nak buat bandar baru..ye la semua dekat..hospital besar Kluang dekat..Rasanya mall pun nak bukak jugak kat sini..itu cakap2 oraang la..Saya pun tak pasti..

Design rumah kitaorg ni jenis yang moden sikit..pastu ada balkoni kat depan bilik master .Masak jugak nak buat awning tuh..yer la tak kan nak biar berhujan dan panas..cam ner nak letak kusi tuk santai2..kelass gitu..rumah ni teres 2 tingkat..yg tengah..tp saya lebih suka duk lot tepi..yer la ada tanah..nak jadi cucuk tanam.tp mahal sangat..tak lepas loan.tak pe la..syukur jer la..lebih baik ada dari tak de..yer idok????

Teres 2 tingkat
4 bedroom, 3 bathroom
Living Area,Dining Area,Family Area
Dry and Wet Kitchen
Ada balkoni kat belakang dapur tapi xde atap..nak kena letak awning jgak tuh..
Store Room kat bawah tangga..


Ni bahagian pintu depan...jenuh pakai duit tu...nak pasang langsir..har har har..


# pic untuk bahagian dalam sebelum renovate nanti la post...tak amik gambar lagi..kunci belum dapat..pemaju kata bulan May 2014..tp exactly date tuh x pasti..tunggu je la..

read more

Wednesday, January 15, 2014

Fruit Tart in da House

Assalamualaikum...

Saya memang rajin update blog sejak dua menjak ni..tak de la buzy sangat..Janna pun dah besar. Dia leh main sendiri. Sekarang ni tgh gaduh ngan abah dia.kecoh satu rumah dengar dia menjerit...gaduh manja gituuuu!!!..

Ermmm..tajuk pasal makanan..so tgk la gambar fruit tart ni..1st time buat benda alah ni..so rupanya tak de la cantik sgt..tp rasa Insya Allah ada. Bab kata rasa ni, kenapa kita buat exactly dah sebiji ikut resepi tapi kenapa ada yg tak menjadi..hohoho..td tgk citer resepi kat astro Citra..Anak dia pulun la buat rendang hati..tp tak serupa ngan mak dia buat..jenuh duk kodek sana sini..letak santan..letak itu letak ini..tp still tak sama.Akhirnya dia dah jumpa secret resepi iaitu..keikhlasan dan masak dari hati..kena masak dengan hati yang ikhlas...ermmmmm..baru la sedap..ok!!!




inilah rupanya..saja buat acuan besar...sekali bakar aje..yang kecik2 tuh sepatutnya ada 6 biji. Biasalah si kecik ni ngapp dulu sebelum letak buah. Buah strawbery dia dah 'pau' dulu. Nasib baik la ibu beli banyak.




makan malam : bihun goreng






read more

Sunday, January 12, 2014

Spegatti In da House

Salam...

Korang makan apa malam ini? Kitaorang makan spegatti saje malam ni..


Biasalah..dia yang paling excited!!



Untuk 3 orang makan..macam mana la tak kembang badan kita orang..hahaha..apa ada hal..janji perut kenyang.* mee pasta kecil sedikit macam bihun. Size yang biasa dah habis..Giant tak amik stok lebih kot. *


selepas 15 minit. nampak tak betapa pelahapnya kitaorang. masing-masing tambah!!..sedap la tuh!!..*angkat bakul sendiri nampak..habis tuh..mesti la tukang masak yang puji..kalau tak sape lagi..muahahahaha*


Resepi : 
(Bagi yang nak try la..rasanya korang dah pandai masak..so resepi ni buat perhiasan aje)

Bahan :

Spegetti (ikut suka hati nak brp kg pun..kalu nak makan byk..beli banyak)
1 biji bawang besar (pakai bawang holland) * saya guna 1/2 sahaja coz tak suka makan bawang*-potong dadu
3 ulas bawang putih -potong dadu
Daging kisar ( beli yang brand Ramly ) *ikut suka la nak letak byk mana
Cendawan butang ( tak letak coz kat Giant sini tak de)
1 biji tomoto
Tomoto Puri

Cara masak :

Rebus spegatti - letak perisa ( lada hitam dan garam. Kalau nak berminyak sikit letak minyak. Letak minyak zaiton kalau ada. Saya letak minyak jagung..2 3 titik aje )
Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
Masukkan daging
Masukkan tomato & cendawan
Masukkan tomato puri - saya masuk 4 sudu besar coz nak makan 3 orang je kan..
Masukkan garam secukup rasa. ~Jangan banyak sangat nanti darah tinggi pulok!!~


Sekian terima kasih 

*Berangan nak masuk Master Chef.!!!. Harharhar*
















read more

Alkisah sebiji Kek......

Salam..

Suami saya memang suka makan kek terutamanya yang berkaitan dengan coklat..lagi byk coklat yang meleleh lagi suka la dia ngappp!!.. Anak dara saya pun sama..saya pun suka juga..Ermm..sebab tu la saya amik inisiatif gie kelas belajar kek..wahhh..hebat kan..boleh la sedikit ilmu..then applykan untuk buat bisness sampingan. Alhamdulillah setakat ni ada la orang yang buat tempahan..Boleh la cover balik yuran belajar...


Hadiah kepada keluarga pihak lelaki
~Majlis Pertunangan~


Inilah rupa bila kita belah kek yang 1 layer.. * bukan kek yg dlm kotak di atas* 


Tester saya.."Errrmmmm sedapnya kek appi besday to you Annah"


Yang ni saya potong kecik-kecik untuk letak dalam beg goodies




Cupcake ~ tempahan dari kak long dan juga untuk dijual di RnR LPT~

Nak buat kek ni memang kena sabar..tak kirala kek apa sekali pun..Ketepatan berat bahan itu paling penting. Kalau tidak ia akan 'bantat'. Jangan terlebih pukul. Yang paling penting buatla dengan penuh kasih sayang. Ewahhhh!!..walaupun saya pun tidak tahu macam mana kita nak masukkan elemen kasih sayang dalam masakan. Bak kata suami, " Sayang kena masak dengan penuh kasih sayang. Kalau tidak kek tidak menjadi"..Ermmm..saya pun tidak tahu macam mana nak letak elemen itu tetapi bila kita masak dengan ikhlas dan tenang Insya Allah akan menjadi. Tidak kira la apa yang korang masak. Sebab itu la masakan ibu kita sedap walaupun masak ikan goreng je pun..disebabkan mak-mak kita masak dengan penuh kasih sayang, niat nak bagi anak-anak dan suami dia makan, maka makanan itu jadi la sedap. Bila saya masak, saya selalu doa agar makanan yang kita masak ini tidak memudaratkan kepada si pemakan. Seandainya makanan ini akan jadi punca kepada si pemakan, maka hilangkan ia. Ini kerana semuanya datang dari Allah, maka kita mohon la perlindungan dariNya. Amin..



Ini kek peacan butterscotch..kek dalam tu, kek span pakai tepung optima tapi tak menajdi. 'bantat'. Tak tahu la apa silapnya..hohoho



Errmmm....resepi untuk kek2 ini post akan datang la..husband dah balik dari sekolah..nak ajak makan lunch kat kedai.nasi bariani katanya.so hari ini offday untuk masak..yahuuuu!!!


read more

Monday, January 6, 2014

2 0 1 4 - PENGHARAPAN DAN IMPIAN

Salam...

Lamanya dah update blog ni..berbulan-bulan lamanya.tup-tup dah tahun baru..dah 6 hari dah pon..hoho..cepatnya masa berlalu.Banyak benda yang telah dilalui sepanjang tahun lepas. Ada suka ada duka. Semuanya telah diaturkan oleh Allah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Antara kita sedar atau pun tidak.

Ermmm...

Bila masuk tahun baru mesti dikaitkan dengan azam. Apa azam ko? Azam tahun lepas dah tertunai belum? Bagi aku, tiada apa yang diharapkan untuk tahun ini melainkan kehidupan kami sekeluarga lebih baik dari tahun lepas. Baik dalam semua aspek. KERJA, AMAL IBADAT, dan sebagainya dan yang paling penting aku mahu jadi ISTERI,IBU dan ANAK yang lebih baik. 

Doaku jua semoga Allah permudahkan segala urusan. Dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk kami semua.


Macam cantik jer ibu & Jannah. Hahaha...#selfie


US- semoga tahun ini tambah ahli lagi..hehehe..

read more

Wednesday, May 15, 2013

PAPA...Dalam Kenangan

Assalamualaikum...

Dah hampir seminggu berlalu...PAPA aka Atok saya pergi ke rahmatullah...perginya tidak akan kembali..
Perasaan bercampur baur..sedih..terkejut...Akan kusingkapkan detik pemergiannya...

Jumaat 3 May 2013

Rutin aku sebagai full time housewife seperti biasa..basuh baju..buat sarapan aku ngan anak...tp hari ini buat kerja lebih sikit..tukar cadar..basuh cadar...nak semua bersih dan kemas..semua siap..ermmm...hari ini nak turun KL..nak balik kampung..kononnya nak balik ngundi...tapi hati ni berbelah bagi..antara nak balik tak...resah aje hati ni...PAPA kurang sihat..mungkin penat buat kerja kawin hari itu...Semalam akak ada message cakap papa sakit dada..tak boleh tido...tp dia tak nak pergi hospital.suruh beli panadol saje..mungkin dia nak rest kat rumah...

Pagi Jumaat , akak ngan Mamat dah bawak ke klinik..Dr cakap..if nak more details better bawak gie hospital..hurmmm...tp papa tak nak..berkeras tak nak...lepas solat jumaat we all pergi ke mak..nak tgk keadaan PAPA..nak tanya mak ngan papa..boleh ke kami dua beranak balik tgganu nih...

" Papa, nak balik Terengganu ni. Boleh tak?"
"Boleh..Balik la..kirim salam kat semua"
"Balik dua beranak ke"
"Haah, Nanti Icai hantar kat KL..pastu saya balik ngan abang ke Tgganu..Icai balik ngan Yong"
"Erm..ye la"
"Papa, pergi la hospital"
"Erm..tengok la nanti2..nanti susah orang nak datang tengok dia"
"hurmmm..."
"Janna mana?"
"Ada..kat bawah..main ngan kakak Piya"..
Air mata aku dah tumpah dah...laju aje...ntah rasa syahdu aje...dada papa dah berombak..cuba untuk tarik nafas untuk bercakap..cuba kuatkan diri..tak nak orang tahu dia sakit..padahal memang dia SAKIT SANGAT..

Aku turun bawah..jamah apa yang patut..bus kul 3.30...kul 315 bertolak ke bus station..

Berat hati nak balik ni..tp fikir positif..banyak kali tanya husband..nak balik ke tak ni??keep on asking sejak papa sakit 2 3 hari sebelum ni..

3.10 pm..

Naik atas...bawak Janna salam atok saya..
"Papa, pergi dulu"
"Hurm..yer la..jaga diri..Kirim salam semua"
Janna salam atok..atok cium Janna...
.....
.....
.....

Allah...rupa-rupanya itulah kali terakhir aku bercakap ngan papa..salam papa..Janna salam atok...Atok cium Jannna..Husband salam papa...Allah..sukarnya aku ucapkan maaf dan ucapkan terima kasih..padahal dalam hati nak luahkan namun mulut ini tidak terluah...Allah...

3.30-730 pm

Perjalanan Kluang-KL sangat panjang bersama hatiku resah gelisah...Suami dapat sms dari akak..nak bawak papa ke hospital.TAWAKAL + REDHA dengan ketentuan Ilahi..sampai kat BTS kitaorang terus cari tiket balik semula ke Kluang seawal2 pagi yang boleh..ikut rancangan nak balik ngan yong,kak ida sekali..tp takut diorg x dapat kereta seawal boleh..tiket pagi semua habis.tinggal 12.30 aje..apa2 pun beli ajer la..

Kira-kira jam 2 pagi husband dapat sms cakap papa tenat. Allah...Ya Allah..hanya pada-Mu kami berserah.
Tengah nak keluar rumah yong dapat call..."Papa dah xde"...Allah..rebah suami mendapat khabar sedih itu.. Tabah lah duhai hati.

Perjalanan pulang KJ-PUTRAJAYA-KLUANG..masing-masing layan perasaan.

Sekujur tubuh kaku terbaring. Kedengaran alunan bacaan Yassin di sisi papa. Papa pergi selamanya. Allah..Tenang lah roh mu di alam sana. Doa kami sentiasa untukmu.

PERGINYA TAK AKAN KEMBALI,NAMUN KENANGAN BERSAMA MU TAK AKAN PADAM.
PAPA.TERIMA KASIH KERANA MERESTUI PERKAHWINAN KAMI.




read more
Blogger Template by Clairvo