Sunday, January 12, 2014

Spegatti In da House

Salam...

Korang makan apa malam ini? Kitaorang makan spegatti saje malam ni..


Biasalah..dia yang paling excited!!



Untuk 3 orang makan..macam mana la tak kembang badan kita orang..hahaha..apa ada hal..janji perut kenyang.* mee pasta kecil sedikit macam bihun. Size yang biasa dah habis..Giant tak amik stok lebih kot. *


selepas 15 minit. nampak tak betapa pelahapnya kitaorang. masing-masing tambah!!..sedap la tuh!!..*angkat bakul sendiri nampak..habis tuh..mesti la tukang masak yang puji..kalau tak sape lagi..muahahahaha*


Resepi : 
(Bagi yang nak try la..rasanya korang dah pandai masak..so resepi ni buat perhiasan aje)

Bahan :

Spegetti (ikut suka hati nak brp kg pun..kalu nak makan byk..beli banyak)
1 biji bawang besar (pakai bawang holland) * saya guna 1/2 sahaja coz tak suka makan bawang*-potong dadu
3 ulas bawang putih -potong dadu
Daging kisar ( beli yang brand Ramly ) *ikut suka la nak letak byk mana
Cendawan butang ( tak letak coz kat Giant sini tak de)
1 biji tomoto
Tomoto Puri

Cara masak :

Rebus spegatti - letak perisa ( lada hitam dan garam. Kalau nak berminyak sikit letak minyak. Letak minyak zaiton kalau ada. Saya letak minyak jagung..2 3 titik aje )
Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
Masukkan daging
Masukkan tomato & cendawan
Masukkan tomato puri - saya masuk 4 sudu besar coz nak makan 3 orang je kan..
Masukkan garam secukup rasa. ~Jangan banyak sangat nanti darah tinggi pulok!!~


Sekian terima kasih 

*Berangan nak masuk Master Chef.!!!. Harharhar*
















0 comments:

Blogger Template by Clairvo