Wednesday, January 15, 2014

Fruit Tart in da House

Assalamualaikum...

Saya memang rajin update blog sejak dua menjak ni..tak de la buzy sangat..Janna pun dah besar. Dia leh main sendiri. Sekarang ni tgh gaduh ngan abah dia.kecoh satu rumah dengar dia menjerit...gaduh manja gituuuu!!!..

Ermmm..tajuk pasal makanan..so tgk la gambar fruit tart ni..1st time buat benda alah ni..so rupanya tak de la cantik sgt..tp rasa Insya Allah ada. Bab kata rasa ni, kenapa kita buat exactly dah sebiji ikut resepi tapi kenapa ada yg tak menjadi..hohoho..td tgk citer resepi kat astro Citra..Anak dia pulun la buat rendang hati..tp tak serupa ngan mak dia buat..jenuh duk kodek sana sini..letak santan..letak itu letak ini..tp still tak sama.Akhirnya dia dah jumpa secret resepi iaitu..keikhlasan dan masak dari hati..kena masak dengan hati yang ikhlas...ermmmmm..baru la sedap..ok!!!




inilah rupanya..saja buat acuan besar...sekali bakar aje..yang kecik2 tuh sepatutnya ada 6 biji. Biasalah si kecik ni ngapp dulu sebelum letak buah. Buah strawbery dia dah 'pau' dulu. Nasib baik la ibu beli banyak.




makan malam : bihun goreng






0 comments:

Sunday, January 12, 2014

Spegatti In da House

Salam...

Korang makan apa malam ini? Kitaorang makan spegatti saje malam ni..


Biasalah..dia yang paling excited!!



Untuk 3 orang makan..macam mana la tak kembang badan kita orang..hahaha..apa ada hal..janji perut kenyang.* mee pasta kecil sedikit macam bihun. Size yang biasa dah habis..Giant tak amik stok lebih kot. *


selepas 15 minit. nampak tak betapa pelahapnya kitaorang. masing-masing tambah!!..sedap la tuh!!..*angkat bakul sendiri nampak..habis tuh..mesti la tukang masak yang puji..kalau tak sape lagi..muahahahaha*


Resepi : 
(Bagi yang nak try la..rasanya korang dah pandai masak..so resepi ni buat perhiasan aje)

Bahan :

Spegetti (ikut suka hati nak brp kg pun..kalu nak makan byk..beli banyak)
1 biji bawang besar (pakai bawang holland) * saya guna 1/2 sahaja coz tak suka makan bawang*-potong dadu
3 ulas bawang putih -potong dadu
Daging kisar ( beli yang brand Ramly ) *ikut suka la nak letak byk mana
Cendawan butang ( tak letak coz kat Giant sini tak de)
1 biji tomoto
Tomoto Puri

Cara masak :

Rebus spegatti - letak perisa ( lada hitam dan garam. Kalau nak berminyak sikit letak minyak. Letak minyak zaiton kalau ada. Saya letak minyak jagung..2 3 titik aje )
Tumis bawang besar & putih hingga naik bau.
Masukkan daging
Masukkan tomato & cendawan
Masukkan tomato puri - saya masuk 4 sudu besar coz nak makan 3 orang je kan..
Masukkan garam secukup rasa. ~Jangan banyak sangat nanti darah tinggi pulok!!~


Sekian terima kasih 

*Berangan nak masuk Master Chef.!!!. Harharhar*
















0 comments:

Alkisah sebiji Kek......

Salam..

Suami saya memang suka makan kek terutamanya yang berkaitan dengan coklat..lagi byk coklat yang meleleh lagi suka la dia ngappp!!.. Anak dara saya pun sama..saya pun suka juga..Ermm..sebab tu la saya amik inisiatif gie kelas belajar kek..wahhh..hebat kan..boleh la sedikit ilmu..then applykan untuk buat bisness sampingan. Alhamdulillah setakat ni ada la orang yang buat tempahan..Boleh la cover balik yuran belajar...


Hadiah kepada keluarga pihak lelaki
~Majlis Pertunangan~


Inilah rupa bila kita belah kek yang 1 layer.. * bukan kek yg dlm kotak di atas* 


Tester saya.."Errrmmmm sedapnya kek appi besday to you Annah"


Yang ni saya potong kecik-kecik untuk letak dalam beg goodies




Cupcake ~ tempahan dari kak long dan juga untuk dijual di RnR LPT~

Nak buat kek ni memang kena sabar..tak kirala kek apa sekali pun..Ketepatan berat bahan itu paling penting. Kalau tidak ia akan 'bantat'. Jangan terlebih pukul. Yang paling penting buatla dengan penuh kasih sayang. Ewahhhh!!..walaupun saya pun tidak tahu macam mana kita nak masukkan elemen kasih sayang dalam masakan. Bak kata suami, " Sayang kena masak dengan penuh kasih sayang. Kalau tidak kek tidak menjadi"..Ermmm..saya pun tidak tahu macam mana nak letak elemen itu tetapi bila kita masak dengan ikhlas dan tenang Insya Allah akan menjadi. Tidak kira la apa yang korang masak. Sebab itu la masakan ibu kita sedap walaupun masak ikan goreng je pun..disebabkan mak-mak kita masak dengan penuh kasih sayang, niat nak bagi anak-anak dan suami dia makan, maka makanan itu jadi la sedap. Bila saya masak, saya selalu doa agar makanan yang kita masak ini tidak memudaratkan kepada si pemakan. Seandainya makanan ini akan jadi punca kepada si pemakan, maka hilangkan ia. Ini kerana semuanya datang dari Allah, maka kita mohon la perlindungan dariNya. Amin..



Ini kek peacan butterscotch..kek dalam tu, kek span pakai tepung optima tapi tak menajdi. 'bantat'. Tak tahu la apa silapnya..hohoho



Errmmm....resepi untuk kek2 ini post akan datang la..husband dah balik dari sekolah..nak ajak makan lunch kat kedai.nasi bariani katanya.so hari ini offday untuk masak..yahuuuu!!!


0 comments:

Monday, January 6, 2014

2 0 1 4 - PENGHARAPAN DAN IMPIAN

Salam...

Lamanya dah update blog ni..berbulan-bulan lamanya.tup-tup dah tahun baru..dah 6 hari dah pon..hoho..cepatnya masa berlalu.Banyak benda yang telah dilalui sepanjang tahun lepas. Ada suka ada duka. Semuanya telah diaturkan oleh Allah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Antara kita sedar atau pun tidak.

Ermmm...

Bila masuk tahun baru mesti dikaitkan dengan azam. Apa azam ko? Azam tahun lepas dah tertunai belum? Bagi aku, tiada apa yang diharapkan untuk tahun ini melainkan kehidupan kami sekeluarga lebih baik dari tahun lepas. Baik dalam semua aspek. KERJA, AMAL IBADAT, dan sebagainya dan yang paling penting aku mahu jadi ISTERI,IBU dan ANAK yang lebih baik. 

Doaku jua semoga Allah permudahkan segala urusan. Dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik untuk kami semua.


Macam cantik jer ibu & Jannah. Hahaha...#selfie


US- semoga tahun ini tambah ahli lagi..hehehe..

0 comments:

Blogger Template by Clairvo