Saturday, February 5, 2011

~CiptaanMu~

Assalamualaikum.

Allah itu maha Mengetahui...Allah itu maha Pengasih...Allah itu maha Berkuasa...dan Dia la segala-galanya....Maha suci Allah yang telah ciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian...Dengan penuh aturan..dari percantuman benih dari ADAM dan HAWA....membentuk seketul darah.Seterusnya,membentuk tulang-temulang. Kemudian, tulang-temulang tersebut dibaluti dengan daging-daging. Cukup 4 bulan Allah telah berikan roh kepada insan yang terpilih itu. Termaktublah perjanjian antara roh manusia dengan tuhan. Ketika ini jugalah akan ditetapkan janin tersebut sama ada lelaki mahupun perempuan, beragama Islam,Yahudi ataupun Nasrani, berapakah usia kehidupannya, siapa yang akan menjadi pasangannya atau jodohnya, bagaimana dan di mana dia akan mati. Semuanya itu telah dicatitkan dalam Loh mahfuz. Itulah ketentuan Ilahi. Dia lah yang menentukan segala-segalanya.Maka bermulalah kehidupan baru dalam perut si Ibu yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah. Segala kesusahan dan kepayahan ditanggung demi si anak.

PERKHABARAN ITU.....

Alhmadulillah, aku disahkan hamil setelah haid lewat seminggu. Seminggu sebelum itu, aku mengalami sakit belakang dan pinggang yang amat. Nak baring pun susah. Memang tidak sangka langsung, rezeki kami sekeluarga murah. Kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kurniakan berita baik ini walaupun usia perkahwinan kami baru lagi. Benih yang terhasil ini mengeratkan lagi rasa cinta dan sayang antara kami berdua. Maka, tanggungjawab kami makin bertambah. Perkahwinan jarak jauh benar-benar menguji. Kami perlu berkorban segala-galanya terutamanya duit. Namun, aku percaya, Allah akan permudahkan segala urusan. Allah telah mencukupkan rezeki setiap hambaNya. Pohon lah pada Allah. Nescaya Allah akan makbulkannya.

" Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoakan apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklan meraka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran."

( Surah Al-Baqarah: 186 )


TRIMESTER PERTAMA


Syukur Alhamdulillah, alahan tidak teruk sangat. Loya dan muntah tak sangat. Masuk bulan 3 selera makan pun kurang. Tak boleh telan banyak-banyak. Bila terlalu kenyang, makanan yang dimakan akan muntah balik. memang bergantung pada vitamin yang doktor bagi aje agar baby dalam kandungan sihat. Susu memang confirm la kena minum. Kalu tak my husband akan cek.setiap kali sebelum tidur, husband akan call, dah minum susu belum. Even susu tu mana la sedap sangat, tetapi untuk kebaikan baby, tahan jugaklah. Doktor pon cakap, kena minum susu banyak untuk kalsium.



Gambar ni, masa 1st scan, waktu 11 minggu. Indah sangat bila dengar dengupan jantung dia. Doktor cakap, nanti bagitau kat husband, jantung baby ok.


TRIMESTER KE-2

Cepatnya masa berlalu, diam tak diam, dah 5 bulan baby dalam kandungan ibu. Sepanjang tempoh itu, baby tak banyak meragam. Ibu pun xde sakit2. cuma sakit belakang sikit2 je. mungkin duduk lama sangat depan pc. Dah 2 kali cek up, Alhamdulillah, doktor cakap xde apa2 masalah. jantung baby pon ok.

Minggu ke 18, dah dpt rasa baby bergerak. Minggu ke 18 macam rasa angin aje dalm perut. Bila baca artikel, memang itu rasanya. Aku dah rasa pergerakan baby bila dah masuk minggu ke 19 dan 20. Baby sangat aktif. Kekadang, bila abah telefon, dia bagi respon. So sweet!!...Cuma aku risau, baby kecik. Semua orang cakap aku x macam orang pregnet. maybe baby ikut ibu kot..kurus..apapun baby, Ibu sentiasa berdoa agar anak ibu ini, sihat selalu. Abah selalu pesan, duk baik-baik dalam perut ibu.

Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan,
tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman
kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.


IBU SAYANG BABY. ABAH SAYANG BABY.

11 May 2011 - Minggu ke 22...CEK UP LAGI! Seperti biasa cek up bulanan..Tak sangka dah melepasi 5 bulan..Tinggal lagi 4 bulan. Syukur sangat.tiada sebarang masalah. Nurse cakap pun baby pun ok..dengupan jantung pon tiada masalah..normal. TERIMA KASIH YA ALLAH. KAU TELAH PERMUDAHKAN SEGALANYA. Misi cakap, bermula cek up nih, dah kena cucuk untuk elak kancing gigi bayi. Buat la apa-apapun nurse, asalkan anak saya sihat. Ada bagitau sakit perut belah kanan. Rasa macam gastrik tp nurse cakap tiada apa-apa..Mungkin urat je tuh....HURM...baby nak besar lagi kot...Risau pulak perut nih hah..x besar2..semua orang cakap.. kecik jer perut..mcam x pregnet pon.tadah jer la telinga ni hah..Kita tiada hak nak halang.biarlah diorg nak cakp apa-apa pun. Janji baby dalam perut ibu nih sihat.

17 Mei 2011. My husband suka sangat bila baby bagi respon. Baby tendang-tendang bila bercakap ngan baby. Sebelum ini dia tak dapt rasa.Bila tnya cakap apa ngan baby. Abah cakap ngan baby, tendang tangan abah. Patut la kuat sangat baby tendang perut ibu. Rupa-rupanya dia nak main ngan Abah ye. Nak biar abah rasa keajaiban yang ibu rasa. Alhamdulillah. Nampak sangat muka my hubby gembira. Inilah keajaiban dan kuasa Allah. SYUKUR PADAMU YA ALLAH KERANA BERI KAMI PELUANG DAN MENIKMATI ANUGERAH YANG TIDAK TERHINGGA INI.


07 Jun 2011, Minggu 25

Dah masuk 6 bulan anak ibu duduk dalam perut ibu. Perut dah makin besar. Anak ibu nih nak besar ye!..Duduk dalam perut ibu elok-elok tau. Sakit belakang makin terasa. Ibu kena kuat..nanti baby kuat. So, ibu memang kena kuatkan semangat. Untuk cek up kali ini, baby tiada apa-apa masalah cuma ibu aje yang prob. HB dalam darah turun dari bulan lepas tapi tak de la kritikal. So, kena pastikan makan makanan yang berkhasiat. Takut nanti sakit ANEMIA pulak. seterusnya takut effect kat baby. Hurm..tue la..minum air teh dan nescafe sgt. kan dah sakit...dah tu..nak buat macam mana. dah teringin....huhuhu..so, pas ni jgn cuba2 minum lagi..BAHAYA...kena la makan sayur bayam, ikan bilis, ikan etc..yang boleh tambahkan zat. HUSBAND??..bila dapat tahu..biasa la..bebel la...bla..bla..bla...mmg dia akan monitor pemakanan ibu..ABAH oooo ABAH....IBU menurut printah...

" YA ALLAH, SELAMATKAN AKU DAN ANAK YANG AKU KANDUNG INI. SEMBUHKAN LAH KAMI DARI SEGALA PENYAKIT. KUATKAN SEMANGAT KAMI DALAM MENEMPUH DUGAAN INI. SESUNGGUHNYA PADA MU AKU SEMBAH DAN PADA MU JUA AKU MEMOHON PERTOLONGAN. AMIN "


21 Jun 2011, Minggu 27

Hari ini cek up lg...coz last cek up hari itu..HB kurang dari 11..so hari ini, nurse nak fokus pada perkembangan HB. Alhamdulillah, HB dah kembali pada normal. Start masuk 28 minggu, kena buat catitan pergerakan baby. If kurang daripada 10, dari 9 pg ke 9 malam, kena jumpa doktor terus. My baby ni memang aktif, terutamanya bila malam.Kita nak tidur mula la dia nak bermain-main. Ibu tak kisah. Main la apa-apapun kat dalam tuh.

28 Jun 2011, Minggu 28

Alamak!!...kena amik darah lagi...minum air gula...wah...bestnya kan...Terpaksa la minum untuk pastikan kandungan gula dalam darah ok. So , ibu ngan anak tiada apa-apa masalah.

5 Julai 2011, Minggu 29

Cek up lagi hari ini. Minggu nih cek up untuk usia kandungan masuk 8 bulan. Cepatnya masa berlalu. Dah 7 bulan anak ibu ngan abah berada dalam perut ibu. Alhamdulillah, makin cergas baby dalam perut ibu. Ibu selalu doa agar anugerah ini selalu berada di bawah lindungan Allah. Baby kena kuat macam Ibu tau! Abah kena kerja jauh. Kalau ada masa baru abah datang jenguk kita. Abah memang sayang kita. Keadaan memaksa kita berjauhan. Namun, tidak semestinya jarak yang jauh memisahkan hubungan abah dengan kita. Ibu ngan baby selalu berada di hati Abah. Begitu juga dengan Ibu. Abah selalu berada di fikiran Ibu. Seksanya menanggung rindu. Namun, ibu kena kuat. Hanya doa yang mampu Ibu lakukan. Ibu yakin, Allah sentiasa bersama Ibu. Allah sentiasa beri perlindungan kepada kita berdua. Kadang-kadang kesakitan yang Ibu lalui, ibu tahan. Ibu tahu, Allah datangkan penyakit, dan Dia jugalah yang berikan penawar. Apa yang mampu kita lakukan sebagai hambaNya, ialah berusaha, berdoa dan bertawakal. Hanya padaNya kita berserah. Nyawa yang ada dalam perut ini merupakan anugerah yang tidak terhingga buat diriku dan suami. Rasanya tidak sabar untuk melihat anak kami. Syukur Ya Allah, atas anugerah ini.

16 September 2011, Minggu 40

Hurm..hari ini sepatutnya baby dah keluar..tp x mo kuar jgk..tak tahu la kenapa..xde tanda-tanda rasa nak bersalin pun..hurm..bersabar aje..padahal dalam hati dah risau sangat2..ye la..benda kat dalam..mana la kite nak tahu keadaannya...so..18 September 2011 terus gie hospital pakar..scan perut.alhamdulillah..baby xde apa2 masalah..air ketuban cukup..doctor cakap dia bagi tempoh 1 minggu dari tarikh EDD..if xde tanda jugak..kena induce..if x jalan jgk..kena operate..so scary...apapun2 terima dengan redha...semuanya ketentuan Ilahi....


23 September 2011, Dah tiba masanya.....

Masanya telah tiba....pengalaman bersalin kat entry lain..byak nk cite...

0 comments:

Blogger Template by Clairvo